Lahir pada 21 April 1987 di Meranti, Pasir Mas, Kelantan. Anak kepada Tuan Hj Nasir Yusoff Aqid dan Puan Hjh Rokiah Mariam Abdullah Arshad. Anak ke 6 dari 7 adik beradik - Rozimi, Rozainora, Rusdi, Rozman, Rohaizan dan Roziani. Belajar dan membesar sepenuhnya di Kelantan. Sangat meminati bidang senilukis dan senireka. Mula melukis sejak berusia 5 tahun. Sering memasuki pertandingan melukis di Kelantan dan peringkat kebangsaan. Merupakan graduan dalam bidang Diploma Senireka Fesyen dari Universiti Teknologi MARA, Seri Isknadar, Perak. Kini sedang menuntut dalam bidang yang sama di peringkat Ijazah Sarjana Muda UiTM Shah Alam. Pada masa yang sama turut menjadi jurumekap bebas bagi model, pengantin, orang perseorangan dan golongan VIP. Pernah menata rias golongan kerabat Di Raja Kelantan, model dan personaliti TV.